Search This Blog

Monday, December 22, 2014

Tip Memilih Agensi Pelancongan Terbaik




Artikel ini dipetik daripada majalah libur dan harian Metro di olah kembali oleh halimdanga

Ada sesetengah orang yang sukakan percutian mudah dan tidak memeningkan kepala. Entri kali ini memberi enam panduan memilih agensi pelancongan yang betul.

 *Buatlah kajian perbandingan harga pakej percutian yang ditawarkan. selaraskan bajet dengan pakej yang mahu dipilih. Hotel pilihan dengan bajet rendah .

*Bagi mengelakkan anda daripada tertipu dan sebagainya, anda harus memastikan latar belakang agensi pilihan.

 *Walaupun semua urusan pengangkutan diuruskan oleh agensi, anda harus mengambil tahu tentang syarikat penerbangan serta jenis perjalanan yang disediakan oleh agensi anda.  Kadang-kadang ada sesetengah syarikat penerbangan akan mengenakan kos-kos tambahan yang tidak relevan atau ia ditambah secara ‘sembunyi’ oleh agensi anda.

*Sebelum membuat sebarang bayaran kepada agensi pelancongan, pastikan tiada sebarang caj tambahan yang dikenakan.

Namun, kerana kos percutian yang mahal, ramai yang terpaksa menunda ataupun membatalkan terus percutian yang sudah lama dirancang.

Tip melancong: Hotel Murah tapi puas

Bercuti tidak semesti­nya mahal. Justeru, bagi anda yang inginkan percutian murah dan menarik, ikuti tip melancong minggu ini supaya anda boleh berjimat dan menikmati perjalanan yang menarik.

CARI maklumat sebanyak mungkin untuk memudahkan destinasi percutian anda.
Anda juga boleh mencari tempat membeli-belah terutama barangan cenderamata di pasar tradisional dan sebagainya.

Kehabisan wang ketika bercuti? Sebelum berangkat ke destinasi yang dituju, pastikan anda memiliki wang yang cukup agar tidak mendatangkan masalah dan membuat­kan anda bingung sepanjang percutian.

Dengan itu, anda sudah boleh memeriksa harga tiket murah atau harga promosi.

Takut-takut terlupa, anda juga yang rugi.

Pilih pengangkutan yang menyenangkan

Justeru, jika destinasi yang dituju boleh dikunjungi dengan menggunakan kereta, ia pastinya pilihan yang lebih menyenangkan dan sudah pasti lebih murah.

Belanja perjalanan akan lebih murah jika bercuti ketika bukan musim cuti atau di awal dan akhir musim itu. Selain itu, jika anda ­ingin menikmati suasana yang tidak terlalu riuh kerana ramai orang, ini waktu yang tepat.

Anda juga mungkin boleh mendapatkan layanan spa yang terbaik bagi yang sudah memesan bilik pe­nginapan.

Pilihan yang tepat pastinya menjadikan percutian anda akan jauh lebih menarik.
Sebelum bercuti, ada baiknya anda mencari maklumat terlebih dahulu mengenai destinasi yang akan dikunjungi.

Siapa tahu ada bas yang melalui hotel tempatyang anda menginap. Untuk lebih jimat, anda boleh menyewa kereta selama bercuti. Perkhidmatan sewa kereta sememangnya banyak di mana-mana destinasi pelancong dan yang pasti turut menyediakan promosi harga murah.
Anda bebas memilih dengan meminta pendapat dari pihak hotel atau rakan yang pernah mengunjung destinasi yang anda kunjungi itu.

Pilihlah tempat bercuti yang benar-benar unik, bagus dan ada ciri khasnya. Jangan sampai anda pergi ke tempat yang tidak menarik, kurang diminati orang dan belanjanya mahal.
Anda mungkin saja tidak menikmati, malah kecewa dengan destinasi yang dikunjungi itu.Percutian Menarik Masih banyak tempat-tempat menarik di negara ini yang mengagumkan dan mungkin lebih menarik dengan apa yang ditawarkan di luar negara.

Bercuti di dalam negeri tempat anda tinggal juga pasti menarik dan memberikan percutian yang me­nyeronokkan. Percutian Menarik. Selamat bercuti.

No comments:

Post a Comment