Search This Blog

Tuesday, June 6, 2017

TIPS SEBELUM MELANCONG KE LUAR NEGARA


Artikel ini dipetik daripada tulisan Bahjah dan tip melancung dan di olah kembali oleh halimdanga

Sebelum anda buat persiapan melancong ke luar negara, Tidak kiralah Singapura, Jepun atau Amerika Syarikat. Pernah anda terfikir tips persiapan sebelum pergi melancong ke luar negara.  Semakkan perlu ada supaya barang-barang penting tidak tertinggal dan dibawa bersama semasa travel. PASSPORT/Tiket Penerbangan

Sebelum membeli tiket flight, pastikan passport telah dibuat/renew atau tidak tamat tempoh. Contohnya nombor passport dan tarikh tamat tempoh passport. Kalau yang dah ada passport tu, check betul-betul tarikh tamat tempoh passport anda. Tiket Penerbangan pula biasanya orang akan selitkan sekali dalam passport. Tengok details penerbangan betul-betul. Jangan tersilap hari, jangan tersilap masa. – Tiket “theme park/event” yang dituju
Harga dan caj yang dikenakan lebih mahal berbanding hari biasa. Untuk promosi pelancongan, cuba lihat promosi oleh negara yang kebetulan mengadakan tahun melawat negara/tempat tersebut.

Kad ATM - Sebagai backup, kad ATM yang digunakan di Malaysia boleh diaktifkan untuk pengeluaran luar negara. Caranya amat mudah, hanya perlu call bank atau ke cawangan bank berhampiran untuk mengaktifkan kad ATM anda. Kalau Maybank, boleh buat melalui Maybank2u je. Pastikan jika sedang travel, jangan bawa semua duit yang ada ketika berjalan.

Benda yang paling utama adalah ubat. Contohnya, Panadol, ubat selesema, ubat cirit-birit, ubat tahan muntah dan sakit kepala. Ubat-ubat ni semua penting disaat kita memerlukan. Selain dari ubat, perlu ada plaster untuk luka atau melecet dan juga minyak angin. Boleh juga, standby krim panas untuk muscle, macam Muscle Pain.

Sekurangnya, tahu pakaian apa yang sesuai nak bawa, tempat tu ada berapa musim dan sebagainya. Rancang baju dan seluar apa ingin dipakai mengikut bilangan hari anda bercuti.

Kasut pula pilih kasut yang sesuai dan paling penting selesa. Salah pakai kasut, kaki boleh sakit dan melecet. Antara kasut yang selesa untuk banyak berjalan, dicadangkan sport shoes.

Ada antara tempat penginapan sama ada hotel atau guesthouse yang menyediakan shampoo dan shower gel. Kita juga boleh bawa alatan mandi sendiri jika dikhuatiri alatan yang disediakan itu tidak sesuai untuk diri kita
.
Tips Melancong Semasa Bercuti Ke Luar Negara

Ya….betul memang seronok untuk pergi melancong. Tak kiralah jauh atau dekat mana-mana destinasi percutian yang anda pilih. Jom lihat beberapa tips melancong yang kami amalkan untuk percutian ke luar negara :

Tips melancong yang pertama adalah….ya betul duit simpanan yang mencukupi! Cuma kena ingat bila dah cukup untuk anda melancong ke destinasi percutian bla bla bla sekalipun last minute boleh jadi cancel sebab PASSPORT telah tamat tempoh. So sila pastikan dahulu tarikh tamat pasport anda sebelum membuat sebarang tempahan untuk bercuti. Untuk sebarang bantuan, korang bleh semak sendiri di –>>> DISINI . Jangan pandang isu ini kecil ya… :). Dan buat kita yang kaki pinjam PTPTN sebagai contoh, semak nama anda samada ada dalam senarai yang dilarang keluar negara atau tidak.

Tips melancong yang seterusnya adalah wang tunai @ cash in hand orang jawa cakap… 🙂  Wang tunai yang mencukupi akan menjamin anda lebih selamat berbanding mempunyai 4-5 jenis kad kredit/debit. Ini kerana disesetengah tempat terpencil atau kedai kecil, wang tunai sahaja yang menjadi bentuk pembayaran yang diterima. 

Buat tempahan tiket penerbangan pada waktu promosi adalah tips melancong popular di kalangan traveler yang boleh dilakukan atas sebab penjimatan kos perjalanan. Sebab memang anda akan lihat begitu jauh perbezaannya jika anda buat tempahan seawal 6 bulan sebelum berbanding hanya 1 bulan dari tarikh yang anda pilih untuk tujuan melancong tue. 
🙂
Dan apabila tiket kapal terbang telah selamat di tempah, baru riki-riki atau buat carian untuk tempahan penginapan pula. Pelbagai cara yang sekarang boleh anda pilih samada buat tempahan secara terus @ online mahupun menggunakan khidmat agen pelancongan. Tarikh tempahan bagi tempat percutian yang dipilih amat penting untuk anda lihat.

Percutian di hari minggu atau hari biasa mempunyai kadar sewa yang berbeza. Buatlah pertimbangan mengikut bajet yang telah anda kumpul sebelum ini. tips melancong, pengalaman melancong, pengalaman bercuti, airbnb, airbnb review, airbnb coupon code, airbnb promo, airbnb malaysia, pengalaman menggunakan airbnb, cara tempahan airbnb, tips mengenalpasti rumah yang sesuai airbnb, tips kenalpasti host airbnb yang sesuai, pengalaman melancong ke jepun, pengalaman bercuti ke jepun, tips melancong ke jepun.

Penggunaan telefon semasa melancong antara tips melancong yang penting untuk diberitahu. Isu ROAMING adalah perkara penting disini. Pastikan anda telah aktifkan sebelum keluar negara kepada syarikat telco yang anda gunakan. Namun pilihan lain yang boleh anda buat adalah membeli simkad di negara tempat percutian yang anda pilih. Cara lain yang boleh difikirkan sesuai adalah menyewa POCKET WIFI di lapangan terbang bagi tujuan pengaktifan data internet yang lebih stabil di negara tempat anda bercuti itu nanti. Dan setelah semua selesai, pastikan anda hubungi pihak berkepentingan seperti keluarga, sahabat, jirang tetangga bagi tujuan keberadaan anda disana.

Biasa bila kita nak bercuti ini, isu cuaca antara perkara yang penting untuk persediaan diri. Adalah penting untuk anda sihat sebelum anda bercuti. Mana syok kalo dah demam-demam nak melancong kat tempat sejuk kan…. 

Apabila anda selamat mendarat di negara dimana tempat percutian yang telah anda pilih, pastikan bagasi anda berada hampir dengan anda! Dan tips lain yang boleh anda guna adalah, gunakan warna bagasi yang pelik2 untuk memudahkan proses pencarian bagasi anda nanti di lapangan terbang. Biasanya warna bagasi lebih kepada warna GELAP berbanding warna TERANG….tak percaya lihat masa tunggu bagasi anda di lapangan terbang…


Setiap negara mempunyai undang-undang yang berbeza. Sila cari maklumat terkini mengenai undang-undang di negara yang anda pilih untuk bercuti nanti. Pilih samada selesa untuk membawa kamera atau HP yang mempunyai pixel yang tinggi untuk tujuan mengambil gambar disana nanti. Dapatlah nanti anda kongsikan momen @ kenangan anda bersama keluarga mahupun kawan-kawan.Hmmm…apa lagi heh tips melancong yang biasanya anda buat sebelum atau semasa melancong ke luar negara? 

No comments:

Post a Comment